::@diELa::
cheritera:bukan:atas:mimpi
Wednesday, 6 November 2024
1 4 YEARS
Sunday, 26 May 2024
S.w.i.t.z.e.r.l.a.n.d... 01
Switzerland... 01
Cantik nyer la hai negara nie. View dia Subhanallah ko akan asyik berzikir jer la kecantikkan nyer. Nak mai lagi. kompem la nak kan, tapi nyerrrrr.... ongkos kena lebat skit wak, coz currency dia bukan kaleng2... ralat la gak aku coz banyak tempat yg x dapat g. huhuhu... insyallah di Izin kan Allah SWT aku akan kembali lagi ke negara yg indah dgn alam semesta nie.
meh la layan pic2 yg ada nie wat memoires...
Saturday, 13 January 2024
M.u.s.t.a.p.a R.a.m.l.i
"Late Post"
Percaya atau tidak. Kena percaya takdir Allah s.w.t. rukun Iman buat semua umat Islam. Tak dapat nak di ucapkan, Berkampung di Hospital Sultanah Nora Ismail satu perasan yg x dapat digambarkan. Hujan sepanjang hari yang tidak henti. Air yang mencurah memberi rahmat. Untuk pertama kalinya aku x mampu nk ziarah orang sakit. X mampu nk melihat, x kuat nak hadapi. Aku menolak nak naik menjenguk. Aku x nak. Xtau kenapa. Tapi akhirnya ku pujuk diri utk melihat nya. Allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar. Tenang raut wajahnya. Aku masih mengharapkan kesembuhan buatnya. Pulang sebentar utk cergas kan diri, doc call keadaan makin tidak memberangsangkan. Allah, xdapt nk luahkan. Terus ke hospital kembali. Perkhabaran yg doc smpaikan menunggu saat, aku masih percaya ada kesembuhan. 1hb Allah s.w.t hadirkan dirinya dimuka bumi, 2hb Allah s.w.t mengambil nya kembali.
Innalillahiwainnahirojiun...
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون.
Hari terang, hujan berhenti. Cuaca sayu, x panas x hujan. Walhal banjir mulai sekitar kaw. Kg. Allahuakbar. Orang baik, Allah sayang kan. Amat mudah bagi nya. Van jenazah yg sampai pada waktu nya, persiapan di rumah mudah, urusan perkebumian mudah, dapat melihatnya sekejap sgt. Aku ralat. Semua mudah buatnya. Sgt mudah. Terima kasih ya Allah.
Abg Mus,
Moga kita berjumpa di syurga. Adeq, adeq klu dia panggil adeq beradeq dia yg lain. Moga ditempatkan bersama2 para nabi & rasul. Dijauhi dr azab kubur, diterangi dengan cahaya. Rahmati & dilindungi nya ya Allah 🤲
Sunday, 25 June 2023
L.O.N.D.O.N 2.0.2.3
-LONDON-
Monday, 5 June 2023
E.U.R.O.P.E 2.0.2.3
Sunday, 6 November 2022
1 2 YEARS
to my beloved, May Allah swt blessed us until jannah. dot kow how to described our relationship. like other family, we also having up side down emotion, problem, dllllll. 😋 just wanna say :
Moga Allah Swt merahmati kita, diberi kesihatan yang baik2. Di dilindungi sepanjang kehidupan ini, didekatkan kita bersama selalu, diberi keluasan rezeki yang berpanjangan, berjumpa di syurga firdaus. AMIN...
: TERIMA KASIH 12 TAHUN :
Saturday, 10 September 2022
Thursday, 2 June 2022
J.a.G.a.D 1260
18 tahun sudah berlalu.
OMG... lepas kenal ngan cek apai, motor ilang kena curi. Nie lah baby 1st cek apai. Sampai la hari nie, 2/6/2022 setelah sekian lama nya berbakti untuk kami. Susah, senang dengan dia. Utara selatan dia g jalan. Cuma pantai timur jer dia tak g. Kuar masuk bengkel xde la banyak kerenah tapi disebakan mekanik buat cam harem, dari tak sakit jadi sakit dia. Dari manual jadi auto. Dari kena tarik, bawa keluar. Dari kaler ijau, putih dan lastly grey. Sayang wooo.....
Dear my JAGAD.
Terlalu banyak kenangan bersama, yang pinjam bawa g dating dah smpai beranak pinak. Moga selepas ini berbakti kepada tuan baru dengan jaya nyer. love u. always in my heart. 😭
Sunday, 15 May 2022
G.h.o.t.i 01
Saturday, 2 April 2022
U.N.C.L.E B.O.B
Assalamualaikum. اللهم صل على محمد وعلى آل محمد
Tanggal 04/03/2022 hilang nyer salah seorang ahli keluarga aku, aris n co. uncle bob a.k.a abg ipar aku yg kedua. Allah sayang dia lebih dari kami sayang kan dia. ikutkan kan kali ke3 coretan aku buat abg ipar aku yang sorg nie, kali ini aku coretkan dlm blog. Tak tertulis di buatnya. Allahu. air mata jangan cakap la, ngalir jer... 😭
xde lagi kuih kole kacang, kuih favorite dia. setiap ramadhan mesti kuih nie yang akan ada dekat rumah mama khas buat dia. op kos la dia yg beli. coz kami yg lain nie ngendeng jer. 😁 jangan tak caya, esoknya kawan2 dia bagi sekotak kuih kole kacang kat rumah kitaorg. tak terucap cantik nyer perancangan Allah.
just memory buat aku di sini - niat aku nanti2 baca lagi,
03/03/2022 - Beday mama. aku pun jengah la sana sat AU4. tapi tgh hari dah gerak balik coz nmpak uncle bob baru balik. 1/2 day tak sihat. batuk. Aku tanya dia, uncle bob ok x? dia diam jer.
aku text angah, uncle bob ok ka? dia kata mmg x sihat. aku layar la, ader nk potong kek ka utk beday girl. coz 5/3/2022 kitaorg mmg plan nk celebrate beday mama, uncle bob ngan untie ain. Pas solat asar, entah nape aku terbelek2 pic family aku semua dlm phone. sampai tetiba rasa nak post kat status lagu
‘Harta Berharga’ By Bunga Citra Lestari
pas magrib aku apaiya gerak sna. smpai jer, nmpak uncle bob lepak port biasa dia. tunduk jer. uncle bob ok ka? ayat aku. dia diam jer. abah pun ada kata uncle bob tanya diam jer. entah kenapa perasaan aku time nie, kenapa cam aku tak nak eye contact ngan dia jer. sepanjang tu asyik ngelat2 jer. aku terasa sgt lain. terdetik dekat hati, nape uncle bob x nak pandang aku. nape tanya dia buat x reti. dia diam jer. dia tinggalkan kitaorg, langsung betul xnk tgk aku. xnk eye contact ngan aku. Allahhhh.
X terlintas di hati, akal fikiran perkara yang akan berlaku. aku sibuk la nguli roti jam 3 pagi, pagi jam 4 pagi lbh cam tu phone tet2. bukak watsup angah kata dia kat HKL. call dia terus, nangis2 cakap uncle bob tadi nafas dia terhenti sekejap. Allah, Allah, Allah Maha Suci bagi-Mu. terus aku ngulpor kat rumah, Moga diredhoi Allah swt 👐
tak sampai berapa minit, Apaiya turun cakap uncle bob dah tak de. meraung aku, diam, blur. terus apaiya ckp siap2 terus gerak g HKL. ujan sebelum tu lebat, bila nak gerak cantik sgt cuaca hujan benti. Maha suci Allah. Rempit sna terus.
sampai sana, masuk tgk dia. Tenang, aku pandang lg. betul ker? keluar aku call semua deq beradeq. ingatkan kuat. nanges, tepon sna sni, ayat yg terkeluar ;
"unlce bob dah xde"
Allah. segala puji hanya bagi Mu.
bermula la selepas solat subuh, kami semua jaga (uruskan) uncle bob sampai ke rumah yang baru satu lagi.
sangat cantik perancangan Allah swt buat hamba nyer yang bernama
Nazzarul Zaid Tukiman.
sangat indah, sangat mudah, sangat teliti yang tak terungkai buat aku coretkan.
1 Sya'aban - pagi nyer Jumaat yang barakah. Aku cemburu.
Moga Allah swt maafkan segala salah silap uncle bob, ditempatkan bersama2 orang yang beriman (solihin), diluaskan kuburnya, diterangi dengan cahaya, dijauhi dari seksaan kubur, di muliakan disisi Mu ya Rabbi.
***
Routine: Setiap petang bila aku lepak rumah mama, nmpak uncle bob balik mula aku kalut cari tudung... 😅 macam tu la routine aku. sekarang nie bila petang aku nmpak motor dia kat luar, air mata jer yg keluar. Allah.
buat abang ku, Nazzarul Zaid Bin Tukiman,
terima kasih menjadi ahli keluarga kami. terima kasih jagakan mama + abah. terima kasih jaga angah + anak2, terima kasih jaga kami adeq beradeq, terima kasih jadi abang buat mak la, terima kasih banyak2.
Terima Kasih ya Allah pinjam dia buat kami. Terima kasih ya Allah. segala nya hanya Pada Mu.
last pic kami berkumpul - aris n co. - |